Posts

PENGARAH MTD DI CAWANGAN BATU BALAI

Image
M ajlis berbuka puasa di Cawangan Batu Balai telah diadakan di madrasah Cikgu Hadi petang ini. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah MTD Guchil Ustaz Haji Zulkifli Yacob, ADUN Keadilan Guchil Tuan Zamri Arif Tuan Zakaria, pimpinan MTD Guchil, Wakil dari ahli parlimen Kuala Krai dan pimpinan cawangan serta lebih 300 ahli dan penduduk tempatan. Majlis ini adalah rentetan Majlis berbuka puasa anjuran MTD Guchil. Terimakasih dan tahniah kepada cikgu Norhadi Isa dan Penghulu atas kejayaan majlis tersebut.

MAJLIS BERBUKA PUASA MTD GUCHIL DI CAWANGAN KG BEKOK

Image
H ari ini 4 september 2009 bersamaan 14 Ramadhan 1430, telah diadakan majlis berbuka puasa peringkat MTD Guchil. Majlis ini adalah rentetan majlis berbuka yang telah diatur oleh pihak AJK MTD. M ajlis telah diadakan di Madrasah Kampung Bekok, Tualang Kuala Krai. Di samping Pengarah MTD Ustaz Haji Zulkifli Yacob, ia turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, YDP PAS Kawasan merangkap ADUN Mengkebang Ustaz Haji Ab Latif Ab Rahman, Adun Keadilan Guchil Tn Zamri Arif, AJK MTD Guchil dan penghulu-penghulu Dun Guchil bersama serta kira-kira 300 orang penduduk kampung. S etelah beramah mesra dengan rakyat setempat, satu majlis tahlil telah diadakan diketuai oleh Pengarah MTD Ustaz Zulkifli Yacob. W akil penduduk Kg Bekok juga telah mengambil kesempatan mengadu masalah kepada wakil-wakil rakyat. Mereka memerlukan perahu atau motobot untuk menghadapi setiap kali musim tengkujuh. Setiap tahun kampung ini akan menjadi pulau apabila berlakunya musim tengkujuh. ...

ENGKAU AKAN SENASIBLAH DENGAN LDP JEPUN

Image
Perdana menteri Jepun Taro Aso mengambil tanggungjawab untuk kekalahan teruk parti LDP di dalam pilihan raya umum Jepun. — Gambar dari Reuters KUALA LUMOUR, Sep 1 — Akhirnya setelah memerintah Jepun selama 54 tahun, Parti Liberal Demokratik (LDP) tumbang pada tangan Parti Demokratik Jepun (DPJ). Di Malaysia Umno yang memimpin Perikatan dan Barisan Nasional telah memerintah selama 52 tahun, sama usia negara mencapai kemerdekaan, adakah ia mampu mengatasi keupayaan LDP? Dua tahun lagi ialah 2011, begitu hampir dengan pilihan raya ke-13, suatu yang kritikal bagi Malaysia, adakah negara ini kekal memilih Barisan Nasional atau beralih ke Pakatan Rakyat. Jika diukur dengan LDP, maka masanya sampai bagi Malaysia memilih Pakatan Rakyat. Tetapi tidaklah semudah itu, tentunya Jepun adalah berbeza. Ketahanan Barisan nasional adalah lebih ampuh daripada Jepun. Ini kerana amalan politik Jepun dan Malaysia jauh berbeza. Walaupun LDP memerintah 54 tahun, ia adalah sebuah parti liberal dan demok...
Image
MAJLIS BERBUKA BERSAMA PEMANDU KERETA SEWA KUALA KRAI PADA 29 OGOS 2009 Pengarah MTD bersama Pengerusi Kereta Sewa Kuala Krai Abe Pa
Image
Majlis berbuka puasa di cwg Guchil Tengah pada 7 ramadhan Madrasah Guchil Tengah Pengarah MTD bersama YB Tuan Zamri dan Pengerusi cawangan Guchil Tengah Pakda Wil
Image
GAMBAR-GAMBAR MAJLIS BERBUKA PUASA DI CWG SRI GUCHIL DI MADRASAH KG GATAL PADA 6 RAMADHAN Pengarah MTD menyampaikan tazkirah sebelum berbuka. Madrasah Kg Gatal
JADUAL MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT UPU (DUN GUCHIL) BIL. TARIKH PETI UNDI TEMPAT 1 26 / 08 / 2009 – 05 RAMADHAN 1430 KG. BARU GUCHIL UTARA 2 27 / 08 / 2009 – 06 RAMADHAN 1430 SRI GUCHIL 3 28 / 08 / 2009 – 07 RAMADHAN 1430 KG. BARU GUCHIL TENGAH 4 29 / 08 / 2009 – 08 RAMADHAN 1430 KG. RAHMAT 5 30 / 08 / 2009 – 09 RAMADHAN 1430 BANDAR BARAT 6 09 / 09 / 2009 – 19 RAMADHAN 1430 KG. BARU GUCHIL SELATAN 7 04 / 09 / 2009 – 14 RAMADHAN 1430 TUALANG / BEKOK 8 05 / 09 / 2009 – 15 RAMADHAN 1430 BANDAR TENGAH 9 06 / 09 / 2009 – 16 RAMADHAN 1430 BANDAR SELATAN 10 08 / 09 / 2009 – 18 RAMADHAN 1430 KUALA PAHI 11 07 / 09 / 2009 – 17 RAMADHAN 1430 BATU BALAI 12 10 / 09 / 2009 – 20 RAMADHAN 1430 BAHAGIA 13 11 / 09 / 2009 – 21 RAMADHAN 1430 KENOR 14 12 / 09 / 2009 – 22 RAMADHAN 1430 BANDAR TIMUR 15 13 / 09 / 2009 – 23 RAMADHAN 1430 PAHI 16 14 / 09 / 2009 – 24 RAMADHAN 1430 LADANG TAKU ** KEHADIRAN SEMUA JAWATANKUASA MTD GUCHIL ADALAH DIWAJIBK...