M eredah malam dalam kegelapan dengan motor galah yang meluncur laju mengikuti arus adalah satu pengalaman yang mengerikan. Itulah peristiwa yang meremang bulu tengkuk bagi sesetengah yang tidak biasa melaluinya. P eristiwa ini berulang kembali, setelah 10 tahun meninggalkan Kampung Bahagia. Iaitu sebuah perkampungan sepi di hulu sungai Galas di pedalaman Kuala Krai. Kalau sepuluh tahun itu adalah suatu pengalaman yang kalih bagi Akim. IaituTahun 1997-2000 adalah tahun akim dilontarkan di Sekolah Kebangsaan Bahagia. Mengajar anak-anak yang dibesarkan di pinggiran bermain arus sungai, bagi penduduk kampung di Bahagia, Mambong, Johar, Sungai Rimau, Sungai Pinggan, Raba, dan Picung ,sungai adalah nadi dan jantung bagi mereka. Sungai itulah punca air minumannya, punca pencarian rezeki mereka, sungai itulah jalan pengangkutan. Sungai itu adalah segala-galanya. Insan-insan di kampung-kampung ini lebih-lebih lagi merasainya dan keperitan hidup itu adalah sesuatu yang kalih.noktah.... H ari i...