SATU CATATAN PSU MTD KETIKA MENGIRINGI USTAZ ZUL KE MAJLIS BERBUKA DI MAMBONG



Meredah malam dalam kegelapan dengan motor galah yang meluncur laju mengikuti arus adalah satu pengalaman yang mengerikan. Itulah peristiwa yang meremang bulu tengkuk bagi sesetengah yang tidak biasa melaluinya.

Peristiwa ini berulang kembali, setelah 10 tahun meninggalkan Kampung Bahagia. Iaitu sebuah perkampungan sepi di hulu sungai Galas di pedalaman Kuala Krai. Kalau sepuluh tahun itu adalah suatu pengalaman yang kalih bagi Akim. IaituTahun 1997-2000 adalah tahun akim dilontarkan di Sekolah Kebangsaan Bahagia. Mengajar anak-anak yang dibesarkan di pinggiran bermain arus sungai, bagi penduduk kampung di Bahagia, Mambong, Johar, Sungai Rimau, Sungai Pinggan, Raba, dan Picung ,sungai adalah nadi dan jantung bagi mereka. Sungai itulah punca air minumannya, punca pencarian rezeki mereka, sungai itulah jalan pengangkutan. Sungai itu adalah segala-galanya.
Insan-insan di kampung-kampung ini lebih-lebih lagi merasainya dan keperitan hidup itu adalah sesuatu
yang kalih.noktah....

Hari ini Akim kembali menjejaki halaman yang pernah mengajar suka duka kehidupan. Satu waktu itu, di petang yang bakal melabuhkan tirainya, Akim dan sekeluarga basah kuyup di timpa hujan. Dhiya Fariha masih baby kesejukan di dalam pelukan ibunya.

Dengan dengusan dan perasaan yang tidak selamat, Akim cuba mengembirakan Mama dan Dhiya. Arus deras menujah-nujah muncung
perahu berinjin ini dan kekadang terkapai-kapai ditiup angin kencang. Debaran dan mimpi kelam ini berlanjutan hampir empat tahun.

Apabila balik di hujung minggu ini, mek iaitu emak Akim bersama jiran-jiran menangis dan menitiskan airmata merasai keperitan yang dilalui ini.

Dhiya Fariha anak sulung kesayangan ini sebahagian kecilnya menghabiskan masa dalam suasana ini. Umurnya dah meningkat sebelas tahun dan ia adalah satu-satunya anak sungai dalam keluarga akim.Sedikit sebanyak kesusahan ini mungkin telah memberi kesan dalam
pembesarannya. Akademiknya tidaklah begitu teruk, tapi ia lebih meminati sukan dan hal-hal yang lasak.

Malam ini, Akim menitiskan airmata lagi, mengingati peristiwa itu.Hembusan bayu sejuk malam menyapa pipi dengan sombongnya. Semuanya sunyi, masing-,masing melayani perasaan.Ustaz Wil Nara seperti cuba menganggu khayalan negatifnya ,
membuat panggilan telefon walaupun link celcom dan maxis tidak adaserta deruan enjin yang membingitkan. Biarlah dengan gayanya. Dulu Akim pernah melaluinya buat menghilangkan resah.

Airmata kenangan mengenangi membasahi pipi Akim. Akim tersedu.



########################


Sebenarnya petang ini Akim bersama rombongan MTD Guchil diketuai Ustaz Zul membuat lawatan ke Mambong sambil menghadiri majlis berbuka puasa yang di anjurkan oleh penduduk di situ.Bersama dua buah perahu berenjin galah yang turut dinaiki oleh Ketua Pemuda PAS Negeri merangkap YDP PAS Kuala Krai Ustaz Haji Ab Latiff Ab Rahman.

Selepas berbuka puasa dan sembahyang maghrib, rombongan Akim berangkat pulang. Dan peristiwa meredah malam yang kegelapan dan mengambil masa hampir setengah jam itu adalah satu peristiwa yang sering dilalui Akim sepuluh tahun dahulu. Dan sekarang suasananya tetap sama. Gelap dan mengerunkan.

Bersedia untuk bertolak di Tangga Bradley


Pengarah MTD bersama PSU dan di belakang Ustaz Ismail Yaakub dan Haji Che Pa


Penghulu Pahi En Ahmad Ariffin


Penghulu Batu Balai En Nik Muhammad bersama Nor Asmadi


Pengkalan Kampung Mambong dari jauh


Berehat seketika setelah keletihan mendaki anak tangga


Pengarah menyampaikan sedikit tazkirah Ramadhan


Pengarah menyampaikan sumbangan hamper kepada penduduk


Rombongan MTD berbuka puasa dijamu dengan udang galah sungai


PERJALANAN PULANG YANG MENDEBARKAN

Penghulu Tualang En Abdullah

Comments

Popular posts from this blog

PENYERAHAN PERALATAN BOXING