Popular posts from this blog
Bekas Penghulu Mukim Kenor meninggal dunia
Bekas penghulu Mukim Kenor Haji Mat Hussin Awang telah meninggal dunia pada pagi jumaat lalu. Pemergian Allahyarham meninggalkan seorang isteri Mariam bt Che Hat dan tujuh orang anak.Allahyarham yang menjawat jawatan Penghulu Mukim Kenor hampir 20 tahun yang lalu bersara pada pertengahan tahun 2009.Walaupun begitu Allahyaryam masih lagi memegang jawatan ketua Al Malak MTD Guchil sehingga akhir hayatnya. Sembahyang Jenazah telah disempurnakan selepas Jumaat dan diimami oleh Pengarah MTD Guchil Ustaz Haji Zulkifli Yacob dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kenor. Pada sebelah paginya Pengarah MTD telah mengetuai AJK dan Penghulu MTD Guchil menziarahi keluarganya dan menyampaikan wang pendahuluan Skim Kifalah kepada balunya Mariam bt Che Hat. Pengarah MTD Guchil diiringi Cikgu Kamal menyampaikan wang pendahuluan Kifalah kepada Mariam bt Che Hat Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan memasukkannya ke dalam golongan orang yang beriman dan solihin.. Amin.
Kami Juga Ingin Bersama Dalam Arus Kemajuan
KAMPUNG MAMBONG -Satu Catatan Akim Azmi Jaffar- Jumaat 19 Feb 2010 Kampong Mambong atau Berhala terletak lebih kurang 45 minit perjalanan motorgalah dari tangga Krai di Kuala Krai. Satu kampong yang masyhur dengan kraftangan tradisional iaitu tembikar tanah. Untuk ke sana kita perlu mudik meredah aliran air ke hulu sungai Galas. Yang pastinya tiada jalanraya sebagai penghubung ke kampung ini. Bagi yang tak pernah bertandang ke sana, mungkin akan merasakan saat-saat indah apabila melihat deburan air sungai yang terpecik apabila burung-burung menyambar anak-anak ikan.ataupun merasakan nikmatnya kesunyian tanpa hirukpikuk bunyi kenderaan dan kebisingan gelagat manusia. Keindahan hanyalah satu ilusi . Tetapi keindahan itu hanya ilusi, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kehidupan masyarakat di sini, biarpun seratus peratus berbangsa melayu dan beragama islam tetapi ketinggalan jauh dari aspek permodenan yang dinikmati oleh orang lain di seberang sini. Anak-anak membesar...
Comments
Post a Comment