LAPORAN SINAR HARIAN -LAWATAN MTD KE RUMAH KANAK_KANAK YANG DITINGGALKAN IBUBAPA

7 kanak-kanak terbiar jadi anak angkat


KAMPUNG TENGAH – Maj-lis Tindakan DUN (MTD) Guchil bakal menghulurkan bantuan sebanyak RM400 sebulan sepanjang tahun ini untuk memenuhi keperluan persekolahan empat daripada tiga beradik yang ditinggalkan ibu bapa mereka sejak tahun lalu.

Pengerusi MTD Guchil, Zulkifli Yacob berkata, bantuan bulanan itu akan diberikan kepada datuk mereka, Kasim Mat Diah, 55, yang mengambil alih tugas menjaga tujuh cucunya yang ditinggalkan ibu bapa mereka sejak Aidilfitri tahun lalu.

Menurutnya, bantuan itu untuk menampung persekolahan empat kanak-kanak berkenaan yang masih dibangku sekolah iaitu, Amirul Rizal,11, Afiq Asy-raf, 10, Natasya Emilia, 9, Haris Hafizi,7, masing- masing bersekolah di Se-kolah Kebangsaan Kam-pung Tengah.

“Saya akan pastikan tujuh beradik ini mendapat keperluan yang mencu-kupi untuk menampung kehidupan mereka teruta-manya empat daripadanya yang masih bersekolah termasuk keperluan apabila hari raya nanti.

“Saya ingin pastikan mereka tetap bersekolah dan mendapat pendidikan sewajarnya dan pengabaian ini tidak boleh menjejaskan masa depan mereka untuk mendapat pendidikan,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan bantuan segera kepada keluarga berkenaan dekat sini semalam.

Katanya, pihaknya juga bersetuju untuk mengambil tujuh kanak- kanak tersebut sebagai anak angkat MTD Guchil dan akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

Beliau juga mengucapkan syabas kepada datuk kanak-kanak berkenaan, Kasim Mat Diah yang sanggup menjaga cucunya selama ini dengan pendapa-tannya sebagai seorang pemandu jentera berat di Batu Jong.

Sementara itu, Kasim berkata, jutaan penghargaan diberikan kepada semua pihak yang prihatin terhadap keluarganya apabila artikel mengenai tujuh cucunya itu memerlukan pembelaan disiarkan dalam Sinar Harian, Khamis lalu.

“Saya ucapkan berba-nyak terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga kami apabila kisah ini disiarkan termasuk kepada Ustaz Zulkifli yang hadir menghulurkan bantuan segera hari ini.

“Dalam masa yang sama saya masih berharap anak perempuan saya, Kasmaliza dapat pulang kerana anak-anak masih memerlukan dirinya sebagai seorang ibu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

PENYERAHAN PERALATAN BOXING