UstazHaji Zulkifli menyampaikan ucapan kepada penghulu-penghulu dan AJK MTD di Majlis penyampaian sumbangan beg sekolah. M emasuki tahun 2010, MTD Guchil telah melaksanakan aktiviti pertamanya iaitu penyampaian sumbangan beg sekolah. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengarah MTD Ustaz Haji Zulkifli Yacob di Pejabat MTD Masjid Jauhar kepada sebelas orang penghulu antaranya penghulu tanpa mukim kaum Tionghua dan India. Antara penghulu lain ialah Penghulu Zahari dari Mukim Bahagia, Penghulu Razak dari Mukim Batu Lada, Penghulu Ishak dari Mukim Kenor. klik untuk lapuran sinar harian Turut hadir beberapa orang AJK MTD seperti Timbalan Pengarah Ustaz Ismail Jalil, Ustaz Mat Isa, Haji Hussin Kenor dan lain-lain. Setiap penghulu diserahkan sebanyak 48 buah beg yang akan diagihkan kepada anak-anak sekolah di mukim masing-masing. Manakala empat penghulu tanpa mukim dan penghulu parlimen diberi 18 buah beg. AJK MTD yang hadir juga menerima 3 buah beg. Dalam ucapannya,...