MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BEG SEKOLAH MTD GUCHIL












UstazHaji Zulkifli menyampaikan ucapan kepada
penghulu-penghulu dan AJK MTD
di Majlis penyampaian sumbangan beg sekolah.





Memasuki tahun 2010, MTD Guchil telah melaksanakan aktiviti pertamanya iaitu penyampaian sumbangan beg sekolah. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengarah MTD Ustaz Haji Zulkifli Yacob di Pejabat MTD Masjid Jauhar kepada sebelas orang penghulu antaranya penghulu tanpa mukim kaum Tionghua dan India. Antara penghulu lain ialah Penghulu Zahari dari Mukim Bahagia, Penghulu Razak dari Mukim Batu Lada, Penghulu Ishak dari Mukim Kenor. klik untuk lapuran sinar harian

Turut hadir beberapa orang AJK MTD seperti Timbalan Pengarah Ustaz Ismail Jalil, Ustaz Mat Isa, Haji Hussin Kenor dan lain-lain. Setiap penghulu diserahkan sebanyak 48 buah beg yang akan diagihkan kepada anak-anak sekolah di mukim masing-masing. Manakala empat penghulu tanpa mukim dan penghulu parlimen diberi 18 buah beg. AJK MTD yang hadir juga menerima 3 buah beg.

Dalam ucapannya, Pengarah MTD Ustaz Haji Zulkifli Yacob berharap pemberian ini dapat sampai kepada sasaran dan diagih-agihkan kepada mereka yang benar-benar layak. Beliau juga mengatakan program hari ini merupakan hasil sumbangan dari penderma yang prihathin kepada masalah keperluan persekolahan.

Pengarah MTD itu juga berkata bahawa dua program akan dilaksanakan pada bulan januari ini iaitu program usrah kali ketiga di Guchil dan program Muqqayam dua hari satu malam di lokasi yang akan beritahu nanti. Setiap program berkenaan mestilah dihadiri oleh AJK MTD.

Mengulas isu yang sama, pembantunya mengatakan bahawa program-program pada tahun 2010 ini adalah bertemakan kemantapan dan kesepaduan di kalangan AJK MTD Guchil. Selaras dengan itu, program berbentuk sedemikian akan dirancang sebaik mungkin seperti usrah sekali dalam sebulan di rumah AJK secara bergilir-gilir, program muqqayam, lawatan sambil belajar, menitikberatkan kebajikan AJK MTD sendiri dan kekerapan majlis pertemuan sesama AJK. Ujarnya, tahun ini dikenali sebagai Fasa pemantapan dan kesepaduan AJK MTD Guchil.

Comments

Popular posts from this blog

PENYERAHAN PERALATAN BOXING