NIAT BAIK TAPI PELURU TERSASAR

PAS : 'Peluru' Tersasar Sesama Sendiri....ruginya



Pemimpin, Pendokong, Penyokong dan blogawan PAS mempunyai berbagai-bagai ilmuan dalam pelbagai disiplin ilmu. Ada dalam bidang Agama dan bidang Agama pula boleh dipecahkan kepada pelbagai sub disiplin. Ada yang di dalam bidang profesional yang merangkumi pelbagai disiplin.

Jika kepelbagaian disiplin ilmu itu boleh diibaratkan sebagai 'peluru', bermakna PAS mempunyai berbagai-bagai jenis 'peluru'. Ada yang jenis 'peluru' jarak dekat, sederhana dan ada juga yang jenis jarak jauh.
Ada juga penyokong dan pendokong tegar yang boleh diibaratkan sebagai pejuang yang memakai 'lastik' dalam konteks jenis 'peluru' seperti di atas.

Ia juga merupakan satu bentuk senjata 'ampuh' (yang digunakan oleh remaja Palestin) yang boleh ditokok tambah atau disifatkan sebagai nilai tambah kepada perjuangan PAS. Saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Kalaulah 'peluru-peluru' tadi digunapakai dengan berstrategik penuh dengan perancangan dan berhemah, maka tidak sia-sia setiap 'peluru' yang dilancarkan menuju ke sasarannya ataupun menggunakan jenis 'peluru' sesuai dengan sasarannya dan tepat pada waktunya.

Tetapi akhir-akhir ini semacam nampak 'peluru' yang sama jenis dilepaskan dengan banyak sekali pada satu sasaran sahaja. Segi logistiknya ini amat merugikan.

Yang paling merugikan ialah apabila kebanyakkan 'peluru' disasarkan sesama sendiri, itu bukan 'syahid' itu mati katak namanya.

Comments

Popular posts from this blog

PENYERAHAN PERALATAN BOXING