Penafian Royalti Beri Implikasi Ke Seluruh Negara


KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) menegaskan tindakan campur tangan kerajaan persekutuan dengan menafikan hak rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak akan membawa implikasi melampaui negeri Kelantan.

Beliau berkata kerajaan persekutuan tidak sepatutnya campur tangan dengan pemberian royalti 5 peratus kepada negeri yang mengeluarkan minyak.Menurutnya, respon yang diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada tuntutan Kelantan untuk mendapatkan sebahagian keuntungan yang diperolehi daripada sumber-sumber petroleum yang dikeluarkan di luar pesisir pantainya oleh Petronas, jelas bertentangan dengan perjanjian yang dibuat.“Respons itu bertentangan dengan surat dan perjanjian yang ditandatangani di antara kerajaan negeri dan Petronas di bawah Akta Pembangunan Petroleum.“Perjanjian ini dibuat dalam bahasa yang mudah, yang cukup untuk pelajar sekolah memahami, dalam kedua-dua bahasa Malaysia dan Inggeris,” kata beliau.

Sementara itu memetik Malaysian Insider, veretan Umno itu yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li, berkata keengganan pentadbiran Najib membayar royalti kepada Kelantan telah menimbulkan keraguan yang melampau terhadap kredibiliti Putrajaya dalam menghormati sebarang perjanjian kontrak dan undang-undang.“Usahkan untuk bercakap mengenai FDI (Pelaburan langsung asing) dan meningkatkan pelaburan tempatan untuk menjana ekonomi kita ke tahap tinggi, apabila kita tidak menghormati tanggungjawab asas kita,” tulis beliau dalam weblognya pagi ini..Inilah kali kedua tindakan zalim kepada rakyat atau penipuan halus kerajaan persekutuan.

Sebelum ini Terengganu mengalamai nasib yang sama ketika Pas memerintah Terengganu pada 1999 hingga 2004 di mana mantan Pedana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memutarbelitkan isu royalti.Tindakan Mahathir menukar wang royalti kepada wang ehsan tapi tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sebaliknya kepada badan yang berkaitan dengan jabatan persekutuan.Najib dalam tindakan terbarunya, juga mengikut ‘sifunya’ Mahathir turut mengumumkan akan memberi wang ehsan atas alasan minyak itu digali di luar kawasan tiga batu nautika.Bagaimanapun, tindakan serupa tidak pula dikenakan kepada Sabah dan Sarawak yang dijamain royaltinya di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang juga dibuat oleh Tengku Razaleigh..“Saya telah membantu membuat deraf akta berkenaan.

Sebagai pengerusi Petronas, saya menandatangani perjanjian yang sama mengenai bayaran ini dengan semua menteri besar negeri terbabit secara berasingan.“Dengan ini, saya tekankan bahawa Petronas terikat dengan kontrak berkenaan dan kerajaan persekutuan tidak ada hak langsung untuk mencampuri urusan dalam menunaikan perjanjian itu,’ katanya.Sementara itu menyentuh nasihat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Ku Li memikirkan semula persetujuan untuk mengetuai Kokus Parlimen bagi membincang isu royalti, beliau berkata;”Saya akan menyatakan pendirian sama ada menerima tawaran mengetuai kokus Parlimen itu yang digerakkan oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam waktu terdekat ini,” katanya.

Menurutnya, perkara asas yang perlu difikirkannya dengan serius ialah tindakan kerajaan persekutuan itu menafikan hak Kelantan sedangakan Najib melaungkan 1Malaysia.Pelbagai respon diberikan oleh segenap lapisan rakyat, terutama dari rakyat Kelantan sendiri yang bertanyakan apakah mereka bukan rakyat Malaysia?

Comments

Popular posts from this blog

PENYERAHAN PERALATAN BOXING