Aktiviti Akhir Tahun 2010 MTD Guchil


Majlis Pelancaran Operasi Gerak Gempur Daftar Pemilih Dun Guchil oleh JPN pada 12 Disember dengan kerjasama MTD dapat mengumpul hampir 2000 Pemilih baru bagi pendaftartan suku tahun ketiga 2010 yang melayakkan mereka mengundi untuk pilihanraya jika diadakan pada suku tahun pertama 2011.
Dalam kesibukan tugas, Pengarah MTD sempat meluangkan masa menghadiri majlis bercukur di Kampung Tok Bok Guchil.
Majlis Penyampaian bantuan persekolahan telah diadakan pada 29 Disember di Masjid Jauhar dengan dihadiri oleh semua penghulu-penghulu Dun Guchil dan penerima. Sebanyak 200 buah beg sekolah, 100 pasang pakaian dan 100 pasang kasur dan stokin telah disumbangkan oleh Pengarah MTD Guchil Ustaz Haji Zulkifli Yacob.
Pengarah MTD Guchil melawat seorang mangsa langgar lari yang terlantar sejak lima bulan yang lalu di Kg Padang Sembilan. Mohd Faiz Firdaus b Rosmadi 17 tahun terpaksa dijaga dengan rapi oleh keluarganya kerana langsung tidak dapat bergerak. Tempurung kepalanya juga telah tiada.Dalam lawatan itu Pengarah Mtd telah menyampaikan sedikit sumbangan peribadi dan berjanji akan mengusahakan bantuan daripada pihak-pihak tertentu.

Comments

Popular posts from this blog

LAPORAN SINAR HARIAN -LAWATAN MTD KE RUMAH KANAK_KANAK YANG DITINGGALKAN IBUBAPA