Posts

MAJLIS MERAIKAN BAKAL-BAKAL HAJI OLEH PENGARAH MTD GUCHIL

Image
Mtd Guchil telah mengadakan program meraikan bakal-bakal haji Dun Guchil yang bakal berangkat menunaikan ibadat haji pada tahun ini. Majlis yang bermula jam sembilan pagi itu berlangsung di pejabat Mtd Guchil telah dihadiri oleh 34 orang bakal haji. Turut serta AJK Mtd dan Penghulu-penghulu Dun Guchil. Disamping mengucapkan selamat berangkat, Pengarah Mtd Haji Zulkifli Yacob juga telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.

Wahai Blogger "Murai Anak Emas, siapakah yb ini...?

YB Dari Kelantan Terpekik Terlolong Bersama Perayu Undi Di Bagan Pinang Aku rasa nak tergelak besar, bila aku ternampak sorang YB muda dari kelantan yang berpangkat juga lah dalam hiraki pimpinan Pas Kelantan. Waktu tu lebih kurang jam 4 lebih pada hari mengundi di SMK Bukit Saujana bagan pinang. Dia bolih buat kerja macam provoke perayu undi lawan, siap dengan gaya tangan lagi, ish ish low class gitu, ingat Yb, orang selalu perhati, kita tu wakil rakyat Pas tau…, tak kena la dengan image Yb, cam aku, aku rock, rock pun 1 undi juga, tak cukup 1 undi tak leh perintah negeri tau. Yang rock, yang pakai seluar nampak buntut, pakai seluar pendek, kaki dadah, kaki botol, kaki judi, betina tunjuk pusat bertindik, bekas banduan, kaki betina, pelacur, mat rempik, betina lepas rambut dan yang lain2 kaki lagi, undi mereka mahal juga, jangan pandang sebelah mata, perlu di beri perhatian, bila demo ni jinak ngan kita, slow2 lah tarbiah mereka jangan pulak buat kejutan mendadak. Yb ? j...

Kunjungan Deepavali dari MTD Guchil

Image
Rombongan MTD Guchil telah membuat kunjungan Deepavali ke rumah seorang pemimpin Kaum India penyokong tegar PAS Kuala Krai.. Pamusamy a/l Ramanjal dan isterinya Fatmawati a/p Muruggiah serta anak-anaknya telah menyambut kedatangan rombongan MTD dengan penuh kegembiraan dan di jamu dengan hidangan istimewa iaitu tosey, roti canai dan kari kambing. Keluarga ini tinggal di Taman Melati, jalan Jirat Kuala Krai dan merupakan pesara kerajaan dan isterinya masih bekerja dan mempunyai lima orang anak iaitu empat lelaki dan seorang perempuan. Menurut Pamusamy yang biasa dipanggil abang Mi, terdapat lebih kurang lima puluh orang kaum india yang tinggal di situ . Mereka ini daripada enam belas keluarga yang tinggal di Taman Melati dan kampung Melati. Mereka ini semuanya memberi sokongan padu pada pemerintahan PAS. Pamusamy juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Kuala Krai sejak beberapa tahun yang lalu sehingga sekarang. Ditanya tentang kehidupannya yang dikelilingi oleh orang melayu, ...

Sambutan Aidilfiri Muslimat PAS Kuala Krai

Image
Bertempat di hadapan Sekolah Kebangsaan Lata Rek, pada hari sabtu lalu telah berlangsung Sambutan Aidilfitri Muslimat PAS Kawasan Kuala Krai. Pihak MTD Guchil turut dijemput menghadiri majlis tersebut.

KAD RAYA DARI PENGARAH MTD GUCHIL

Image

MAJLIS MENYAMBUT PERANTAU

Image
MTD Guchil telah mengadakan program menyambut perantau. Bertempat di traffic light Guchil jam 6.15 petang pertugas-petugas yang dibantu oleh peserta ladang rakyat Mukim Guchil, Batu Balai dan Kenor seramai 50 orang telah mengagihkan makanan berbuka kepada perantau. Pengarah MTD sendiri telah mengetuai program yang sungguh meriah ini. Majlis pengagihan ini selesai jam 7 petang dan diakhiri dengan berbuka puasa di Masjid Jauhar. Sessi taklimat oleh Pengarah

PERSIAPAN MENYAMBUT PERANTAU

Image
Pada pagi ini jumaat telah berkumpul AJK Mtd dan Penghulu bagi persiapan untuk menyambut perantau yang pulang berhariraya. Mengisi makanan dan air mineral untuk diagih-agihkan kepada perantau. Persiapan ini telah dilakukan di masjid Jauhar.