BLOG RASMI Majlis Tindakan Dun GUCHIL MULAI 8 OGOS 2009
Sambutan Aidilfiri Muslimat PAS Kuala Krai
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Bertempat di hadapan Sekolah Kebangsaan Lata Rek, pada hari sabtu lalu telah berlangsung Sambutan Aidilfitri Muslimat PAS Kawasan Kuala Krai. Pihak MTD Guchil turut dijemput menghadiri majlis tersebut.
Majlis Pelancaran Operasi Gerak Gempur Daftar Pemilih Dun Guchil oleh JPN pada 12 Disember dengan kerjasama MTD dapat mengumpul hampir 2000 Pemilih baru bagi pendaftartan suku tahun ketiga 2010 yang melayakkan mereka mengundi untuk pilihanraya jika diadakan pada suku tahun pertama 2011. Dalam kesibukan tugas, Pengarah MTD sempat meluangkan masa menghadiri majlis bercukur di Kampung Tok Bok Guchil. Majlis Penyampaian bantuan persekolahan telah diadakan pada 29 Disember di Masjid Jauhar dengan dihadiri oleh semua penghulu-penghulu Dun Guchil dan penerima. Sebanyak 200 buah beg sekolah, 100 pasang pakaian dan 100 pasang kasur dan stokin telah disumbangkan oleh Pengarah MTD Guchil Ustaz Haji Zulkifli Yacob. Pengarah MTD Guchil melawat seorang mangsa langgar lari yang terlantar sejak lima bulan yang lalu di Kg Padang Sembilan. Mohd Faiz Firdaus b Rosmadi 17 tahun terpaksa dijaga dengan rapi oleh keluarganya kerana langsung tidak dapat bergerak. Tempurung kepalanya juga telah tiada.Dalam...
KAMPUNG MAMBONG -Satu Catatan Akim Azmi Jaffar- Jumaat 19 Feb 2010 Kampong Mambong atau Berhala terletak lebih kurang 45 minit perjalanan motorgalah dari tangga Krai di Kuala Krai. Satu kampong yang masyhur dengan kraftangan tradisional iaitu tembikar tanah. Untuk ke sana kita perlu mudik meredah aliran air ke hulu sungai Galas. Yang pastinya tiada jalanraya sebagai penghubung ke kampung ini. Bagi yang tak pernah bertandang ke sana, mungkin akan merasakan saat-saat indah apabila melihat deburan air sungai yang terpecik apabila burung-burung menyambar anak-anak ikan.ataupun merasakan nikmatnya kesunyian tanpa hirukpikuk bunyi kenderaan dan kebisingan gelagat manusia. Keindahan hanyalah satu ilusi . Tetapi keindahan itu hanya ilusi, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kehidupan masyarakat di sini, biarpun seratus peratus berbangsa melayu dan beragama islam tetapi ketinggalan jauh dari aspek permodenan yang dinikmati oleh orang lain di seberang sini. Anak-anak membesar...
Comments
Post a Comment