Kunjungan Deepavali dari MTD Guchil



Rombongan MTD Guchil telah membuat kunjungan Deepavali ke rumah seorang pemimpin Kaum India penyokong tegar PAS Kuala Krai.. Pamusamy a/l Ramanjal dan isterinya Fatmawati a/p Muruggiah serta anak-anaknya telah menyambut kedatangan rombongan MTD dengan
penuh kegembiraan dan di jamu dengan hidangan istimewa iaitu tosey, roti canai dan kari kambing.

Keluarga ini tinggal di Taman Melati, jalan Jirat Kuala Krai dan merupakan pesara kerajaan dan isterinya masih bekerja dan mempunyai lima orang anak iaitu empat lelaki dan seorang perempuan. Menurut Pamusamy yang biasa dipanggil abang Mi, terdapat lebih kurang lima puluh orang kaum india yang tinggal di situ . Mereka ini daripada enam belas keluarga yang tinggal di Taman Melati dan kampung Melati. Mereka ini semuanya memberi sokongan padu pada pemerintahan PAS. Pamusamy juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Kuala Krai sejak beberapa tahun yang lalu sehingga sekarang.

Ditanya tentang kehidupannya yang dikelilingi oleh orang melayu, beliau menyatakan tidak ada masalah yang timbul bahkan beliau berasa seronok dengan keadaan sedemikian. Bahkan kehidupan orang India lebih baik daripada zaman pemerintahan BN di Kelantan dahulu. Katanya sekarang ada orang India yang telah dilantik menjadi Penghulu tanpa mukim, Ahli Majlis Daerah Kuala Krai dan juga peserta ladang rakyat.

Beliau juga amat-amat mengkagumi ketokohan dan kepimpinan Tok Guru dan menafikan segala tohmahan negatif tentang kehidupan masyarakat bukan muslim di bawah kepimpinan PAS .










Comments

Popular posts from this blog

PENYERAHAN PERALATAN BOXING