Posts
Aktiviti Akhir Tahun 2010 MTD Guchil
- Get link
- Other Apps
Majlis Pelancaran Operasi Gerak Gempur Daftar Pemilih Dun Guchil oleh JPN pada 12 Disember dengan kerjasama MTD dapat mengumpul hampir 2000 Pemilih baru bagi pendaftartan suku tahun ketiga 2010 yang melayakkan mereka mengundi untuk pilihanraya jika diadakan pada suku tahun pertama 2011. Dalam kesibukan tugas, Pengarah MTD sempat meluangkan masa menghadiri majlis bercukur di Kampung Tok Bok Guchil. Majlis Penyampaian bantuan persekolahan telah diadakan pada 29 Disember di Masjid Jauhar dengan dihadiri oleh semua penghulu-penghulu Dun Guchil dan penerima. Sebanyak 200 buah beg sekolah, 100 pasang pakaian dan 100 pasang kasur dan stokin telah disumbangkan oleh Pengarah MTD Guchil Ustaz Haji Zulkifli Yacob. Pengarah MTD Guchil melawat seorang mangsa langgar lari yang terlantar sejak lima bulan yang lalu di Kg Padang Sembilan. Mohd Faiz Firdaus b Rosmadi 17 tahun terpaksa dijaga dengan rapi oleh keluarganya kerana langsung tidak dapat bergerak. Tempurung kepalanya juga telah tiada.Dalam
PENYERAHAN PERALATAN BOXING
- Get link
- Other Apps
Pengarah MTD Guchil telah diamanahkan untuk menyampaikan peralatan sukan berupa alatan boxing kepada Persatuan Boxing Cabang 4 Pahi.Turut sama di dalam majlis tersebut ialah ADUN Guchil yang diwakili anaknya dan Penghulu Mukim Pahi iaitu Mohamad b Ariffin. Majlis pada petang itu sungguh meriah dengan upacara ucapan dan pertunjukan boxing dari ahli persatuan.
Menghantar Bantuan Segera Kepada Anak-anak yang ditinggalkan Ibubapa
- Get link
- Other Apps
LAPORAN SINAR HARIAN -LAWATAN MTD KE RUMAH KANAK_KANAK YANG DITINGGALKAN IBUBAPA
- Get link
- Other Apps
7 kanak-kanak terbiar jadi anak angkat KAMPUNG TENGAH – Maj-lis Tindakan DUN (MTD) Guchil bakal menghulurkan bantuan sebanyak RM400 sebulan sepanjang tahun ini untuk memenuhi keperluan persekolahan empat daripada tiga beradik yang ditinggalkan ibu bapa mereka sejak tahun lalu. Pengerusi MTD Guchil, Zulkifli Yacob berkata, bantuan bulanan itu akan diberikan kepada datuk mereka, Kasim Mat Diah, 55, yang mengambil alih tugas menjaga tujuh cucunya yang ditinggalkan ibu bapa mereka sejak Aidilfitri tahun lalu. Menurutnya, bantuan itu untuk menampung persekolahan empat kanak-kanak berkenaan yang masih dibangku sekolah iaitu, Amirul Rizal,11, Afiq Asy-raf, 10, Natasya Emilia, 9, Haris Hafizi,7, masing- masing bersekolah di Se-kolah Kebangsaan Kam-pung Tengah. “Saya akan pastikan tujuh beradik ini mendapat keperluan yang mencu-kupi untuk menampung kehidupan mereka teruta-manya empat daripadanya yang masih bersekolah termasuk keperluan apabila hari raya nanti. “Sa
Kami Juga Ingin Bersama Dalam Arus Kemajuan
- Get link
- Other Apps
KAMPUNG MAMBONG -Satu Catatan Akim Azmi Jaffar- Jumaat 19 Feb 2010 Kampong Mambong atau Berhala terletak lebih kurang 45 minit perjalanan motorgalah dari tangga Krai di Kuala Krai. Satu kampong yang masyhur dengan kraftangan tradisional iaitu tembikar tanah. Untuk ke sana kita perlu mudik meredah aliran air ke hulu sungai Galas. Yang pastinya tiada jalanraya sebagai penghubung ke kampung ini. Bagi yang tak pernah bertandang ke sana, mungkin akan merasakan saat-saat indah apabila melihat deburan air sungai yang terpecik apabila burung-burung menyambar anak-anak ikan.ataupun merasakan nikmatnya kesunyian tanpa hirukpikuk bunyi kenderaan dan kebisingan gelagat manusia. Keindahan hanyalah satu ilusi . Tetapi keindahan itu hanya ilusi, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kehidupan masyarakat di sini, biarpun seratus peratus berbangsa melayu dan beragama islam tetapi ketinggalan jauh dari aspek permodenan yang dinikmati oleh orang lain di seberang sini. Anak-anak membesar