Posts

Showing posts from September, 2009

KAD RAYA DARI PENGARAH MTD GUCHIL

Image

MAJLIS MENYAMBUT PERANTAU

Image
MTD Guchil telah mengadakan program menyambut perantau. Bertempat di traffic light Guchil jam 6.15 petang pertugas-petugas yang dibantu oleh peserta ladang rakyat Mukim Guchil, Batu Balai dan Kenor seramai 50 orang telah mengagihkan makanan berbuka kepada perantau. Pengarah MTD sendiri telah mengetuai program yang sungguh meriah ini. Majlis pengagihan ini selesai jam 7 petang dan diakhiri dengan berbuka puasa di Masjid Jauhar. Sessi taklimat oleh Pengarah

PERSIAPAN MENYAMBUT PERANTAU

Image
Pada pagi ini jumaat telah berkumpul AJK Mtd dan Penghulu bagi persiapan untuk menyambut perantau yang pulang berhariraya. Mengisi makanan dan air mineral untuk diagih-agihkan kepada perantau. Persiapan ini telah dilakukan di masjid Jauhar.

MAJLIS SUMBANGAN HARIRAYA OLEH MTD GUCHIL

Image
MTD Guchil telah mengatakan majlis sumbangan hariraya kepada keluarga yang memerlukan. Majlis penyampaian itu telah disempurnakan oleh Pengarah MTD Ustaz Haji Zulkifli b Yacob bertempat di Masjid Jauhar jam 2.00 petang. Kira-kira 60 penerima telah diraikan oleh Pengarah dan AJK MTD. Sebelum majlis penyampaian, tazkirah ramadhan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah 2 Ustaz Ismail Yaakob.

MAJLIS JASAMU DIKENANG

Image
Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan pagi ini bertempat di Pejabat Dun Mengkebang. Majlis yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Kuala Krai itu melalui lujnah kebajikannya telah disempurnakan oleh YB YDP PAS Kawasan Ustaz Haji Abdul Latif Ab Rahman. Kira-kira 50 orang aktivis veteran PAS kawasan Kuala Krai telah diraikan. MTD Guchil telah menghantar 10 aktivis veteran yang banyak berjasa kepada PAS di dun Guchil.

MAJLIS HARI INI

Image
Pengarah MTD Ustaz Haji Zulkifli Yacob di majlis berbuka puasa MTD di Madrasah Keretapi, Kuala Krai. @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ PENYAMPAIAN ZAKAT PARLIMEN KUALA KRAI 12 September bersamaan 20 Ramadhan Majlis Penyampaian zakat Peringkat Parlimen di Masjid Jauhar telah di lakukan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli. Turut hadir Adun Guchil Tuan Zamri Arif @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ MTD BERBUKA DI MASJID KENOR Pada 11 september telah diadakan majlis berbuka puasa MTD bersama Parlimen di Masjid Kg Kenor. Terimakasih Penghulu Ishak dan penduduk di atas kerjasama menjayakan majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan majlis tahlil yang diketuai oleh Ustaz Wil Nara.Selepas itu Dr Hatta Ramli menyampaikan tazkirah ramadhan. Majlis ini dihadiri oleh kira kira 300 penduduk kampung.

SATU CATATAN PSU MTD KETIKA MENGIRINGI USTAZ ZUL KE MAJLIS BERBUKA DI MAMBONG

Image
M eredah malam dalam kegelapan dengan motor galah yang meluncur laju mengikuti arus adalah satu pengalaman yang mengerikan. Itulah peristiwa yang meremang bulu tengkuk bagi sesetengah yang tidak biasa melaluinya. P eristiwa ini berulang kembali, setelah 10 tahun meninggalkan Kampung Bahagia. Iaitu sebuah perkampungan sepi di hulu sungai Galas di pedalaman Kuala Krai. Kalau sepuluh tahun itu adalah suatu pengalaman yang kalih bagi Akim. IaituTahun 1997-2000 adalah tahun akim dilontarkan di Sekolah Kebangsaan Bahagia. Mengajar anak-anak yang dibesarkan di pinggiran bermain arus sungai, bagi penduduk kampung di Bahagia, Mambong, Johar, Sungai Rimau, Sungai Pinggan, Raba, dan Picung ,sungai adalah nadi dan jantung bagi mereka. Sungai itulah punca air minumannya, punca pencarian rezeki mereka, sungai itulah jalan pengangkutan. Sungai itu adalah segala-galanya. Insan-insan di kampung-kampung ini lebih-lebih lagi merasainya dan keperitan hidup itu adalah sesuatu yang kalih.noktah.... H ari i