Posts

Showing posts from February, 2010

Kami Juga Ingin Bersama Dalam Arus Kemajuan

Image
KAMPUNG MAMBONG -Satu Catatan Akim Azmi Jaffar- Jumaat 19 Feb 2010 Kampong Mambong atau Berhala terletak lebih kurang 45 minit perjalanan motorgalah dari tangga Krai di Kuala Krai. Satu kampong yang masyhur dengan kraftangan tradisional iaitu tembikar tanah. Untuk ke sana kita perlu mudik meredah aliran air ke hulu sungai Galas. Yang pastinya tiada jalanraya sebagai penghubung ke kampung ini. Bagi yang tak pernah bertandang ke sana, mungkin akan merasakan saat-saat indah apabila melihat deburan air sungai yang terpecik apabila burung-burung menyambar anak-anak ikan.ataupun merasakan nikmatnya kesunyian tanpa hirukpikuk bunyi kenderaan dan kebisingan gelagat manusia. Keindahan hanyalah satu ilusi . Tetapi keindahan itu hanya ilusi, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kehidupan masyarakat di sini, biarpun seratus peratus berbangsa melayu dan beragama islam tetapi ketinggalan jauh dari aspek permodenan yang dinikmati oleh orang lain di seberang sini. Anak-anak membesar 

Manfaat Kifalah untuk keluarga arwah penghulu

http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story6820907.asp KAMPUNG KENOR - Bekas penghulu mukim Kampung Kenor yang bersara tahun lepas meninggal dunia pagi awal pagi Jumaat lalu mendapat perhatian Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil yang segera menziarahi keluarga arwah. Arwah Mat Hussin Awang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 61 tahun di Hospital Kuala Krai pada tengah malam Jumaat lalu disisi ahli keluarganya. Pengarah MTD Guchil Zulkifli Yacob berkata, kehilangan arwah amat dirasai kerana sebelum ini arwah banyak menabur bakti kepada penduduk setempat dan membantu pentadbiran sebagai seorang penghulu. “Kehilangan arwah amat dirasai kerana khidmat baktinya selama ini untuk penduduk dan parti tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai seorang penghulu. “Saya harap keluarga arwah dapat reda dengan pemergian arwah dan tabah menghadapi segala ujian hidup selepas ini,” katanya selepas menyerahkan sumbangan pendahuluan Takaful Kifalah sebanyak RM500 kepa

Bekas Penghulu Mukim Kenor meninggal dunia

Image
Bekas penghulu Mukim Kenor Haji Mat Hussin Awang telah meninggal dunia pada pagi jumaat lalu. Pemergian Allahyarham meninggalkan seorang isteri Mariam bt Che Hat dan tujuh orang anak.Allahyarham yang menjawat jawatan Penghulu Mukim Kenor hampir 20 tahun yang lalu bersara pada pertengahan tahun 2009.Walaupun begitu Allahyaryam masih lagi memegang jawatan ketua Al Malak MTD Guchil sehingga akhir hayatnya. Sembahyang Jenazah telah disempurnakan selepas Jumaat dan diimami oleh Pengarah MTD Guchil Ustaz Haji Zulkifli Yacob dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kenor. Pada sebelah paginya Pengarah MTD telah mengetuai AJK dan Penghulu MTD Guchil menziarahi keluarganya dan menyampaikan wang pendahuluan Skim Kifalah kepada balunya Mariam bt Che Hat. Pengarah MTD Guchil diiringi Cikgu Kamal menyampaikan wang pendahuluan Kifalah kepada Mariam bt Che Hat Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan memasukkannya ke dalam golongan orang yang beriman dan solihin.. Amin.

Majlis meraikan dan menyampaikan cek kepada 54 wasi peserta kifalah

Image
Us Zaki Idris Ketua Penerangan                                                                Pengarah Mtd menyampaikan amanatnya Majlis Meraikan dan menyampaikan cek kepada wasi peserta kifalah telah berlangsung pada pagi jumaat lalu di dewan Sri Guchil. Seramai 54 orang wasi telah menerima cek daripada Pengarah MTD Guchil Us Haji Zulkifli Yaakub.Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Ustaz Ismail Yaakub dan AJK Majlis Tindakan Dun Guchil serta semua penghulu-penghulu Dun Guchil.Turut dijemput menyampaikan cek tersebut ialah Ustaz Ismail Yaakub, Timbalan Pengarah 2 MTD. Salah seorang wasi dari 3 orang kaum india Munusamy Krishnan 39 dari Pahi mengucapkan ribuan terimakasih kepada kerajaan negeri Kelantan di atas bantuan ini. Bantuan ini diberikan tanpa mengira kaum. Beliau yang bekerja di Kilang Kelapa Sawit Pahi menyara tiga orang anak, seorang ibunya dan seorang bapa saudaranya. mujurlah katanya isteri bekerja membantunya. Ujarnya dengan ada bantuan Tabung kifalah ini dapatlah belia