Posts

Showing posts from January, 2010

Lawatan PAS Kawasan Ke MTD GUchil

Image
Pas Kawasan Kuala Krai telah mengadakan lawatan kerja ke Mtd Guchil pada 23 Januari. Majlis bermula dengan sembahyang maghrib dan Insya berjemaah. YDP Ustaz Haji Abdul Latif sempat menyampaikan kuliah maghrib. Lawatan tersebut juga sempena dengan penyampaian watikah perlantikan AJK MTD Guchil bagi tahun 2010.Turut hadir ialah Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli.

Usrah Pertama MTD Tahun 2010

Image
Bertempat di Masjid Belanga, Mukim Pahi telah diadakan majlis usrah Januari. Kedatangan AJK MTD agak memuaskan. Perbincangan dari surah Al Fatehah dan rumusan dari beberapa ahli berkenaan dengan tafsiran nya kaitan dalam kehidupan serta rumusan dari Pengarah amat menarik sekali. Tahniah kepada Tuan rumah iaitu Jali Belanga di atas kejayaan mengadakan usrah tersebut

Mesyuarat Pertama AJK MTD Guchil tahun 2010

Image
Bertempat di Pejabat MTD di Masjid Jauhar berlangsung mesyuarat AJK MTD kali pertama untuk tahun 2010. Beberapa perbincangan telah dibuat untuk mengemas kini kegiatan bagi tahun 2010.  Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah MTD Ustaz Haji Zulkifli b Yacob. Ia bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 11.00 malam.Perbincangan pada malam itu agak hangat dan amat berjaya.

YMM Pemangku Raja Kelantan Mengimamkan Solat Hajat

Alhamdulillah, YMM Pemangku Raja Kelantan mengimankan solat hajat di Stadium Sultan Mohd ke lV malam ini. Tuan Guru Nik Abdul Aziz dipetik berkata, sejak dia hidup 80 tahun sudah, ini lah pertama kali seorang Raja menjadi Iman solat.  Daulat Tuanku. gambar klik sini Zulkifli Yacob Pengarah MTD Guchil mengatakan selepas bacaan yasin, sementara menunggu  solat Insya', ambo dengar dan tengok sendiri YMM Pemangku Raja menitahkan Tok Guru menyampaikan tazkirah..."Ampun Tuanku".

Sambutan Keberangkatan Pulang Pemangku Raja.

Image
Dato Haji Husam Musa turut berada bersama YAB Tuan Guru Menteri Besar dan lebih 10000 rakyat jelata yang lain di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra menyambut keberangkatan pulang Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra dari Kuala Lumpur petang tadi. Pengarah MTD Guchil Haji Zulkifli Yacob turut berada bersama saf kepimpinan dalam sambutan itu.

MAJLIS PELANCARAN JERSI DAN LAMAN WEB THE RED WARRIORS

Image
PSU MTD Guchil  Mohd Faridudden @  Pudin Razali mewakili  MTD ke majlis pelancaran Jersi dan Laman Web Pasukan Kelantan The Red Warriors di KBTC Kota Bharu hari ini.  MTD Guchil berharap pasukan Kelantan akan berjaya pada tahun 2010 ini. Sempat posing dengan golly Syed Adney di majlis tersebut

NIAT BAIK TAPI PELURU TERSASAR

PAS : 'Peluru' Tersasar Sesama Sendiri....ruginya Pemimpin, Pendokong, Penyokong dan blogawan PAS mempunyai berbagai-bagai ilmuan dalam pelbagai disiplin ilmu. Ada dalam bidang Agama dan bidang Agama pula boleh dipecahkan kepada pelbagai sub disiplin. Ada yang di dalam bidang profesional yang merangkumi pelbagai disiplin. Jika kepelbagaian disiplin ilmu itu boleh diibaratkan sebagai 'peluru', bermakna PAS mempunyai berbagai-bagai jenis 'peluru'. Ada yang jenis 'peluru' jarak dekat, sederhana dan ada juga yang jenis jarak jauh. Ada juga penyokong dan pendokong tegar yang boleh diibaratkan sebagai pejuang yang memakai 'lastik' dalam konteks jenis 'peluru' seperti di atas. Ia juga merupakan satu bentuk senjata 'ampuh' (yang digunakan oleh remaja Palestin) yang boleh ditokok tambah atau disifatkan sebagai nilai tambah kepada perjuangan PAS. Saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kalaulah 'peluru-peluru' ta

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BEG SEKOLAH MTD GUCHIL

Image
UstazHaji Zulkifli menyampaikan ucapan kepada penghulu-penghulu dan AJK MTD di Majlis penyampaian sumbangan beg sekolah. M emasuki tahun 2010, MTD Guchil telah melaksanakan aktiviti pertamanya iaitu penyampaian sumbangan beg sekolah. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengarah MTD Ustaz Haji Zulkifli Yacob di Pejabat MTD Masjid Jauhar kepada sebelas orang penghulu antaranya penghulu tanpa mukim kaum Tionghua dan India. Antara penghulu lain ialah Penghulu Zahari dari Mukim Bahagia, Penghulu Razak dari Mukim Batu Lada, Penghulu Ishak dari Mukim Kenor. klik untuk lapuran sinar harian Turut hadir beberapa orang AJK MTD seperti Timbalan Pengarah Ustaz Ismail Jalil, Ustaz Mat Isa, Haji Hussin Kenor dan lain-lain. Setiap penghulu diserahkan sebanyak 48 buah beg yang akan diagihkan kepada anak-anak sekolah di mukim masing-masing. Manakala empat penghulu tanpa mukim dan penghulu parlimen diberi 18 buah beg. AJK MTD yang hadir juga menerima 3 buah beg. Dalam ucapannya,