Bekas Penghulu Mukim Kenor meninggal dunia

Bekas penghulu Mukim Kenor Haji Mat Hussin Awang telah meninggal dunia pada pagi jumaat lalu. Pemergian Allahyarham meninggalkan seorang isteri Mariam bt Che Hat dan tujuh orang anak.Allahyarham yang menjawat jawatan Penghulu Mukim Kenor hampir 20 tahun yang lalu bersara pada pertengahan tahun 2009.Walaupun begitu Allahyaryam masih lagi memegang jawatan ketua Al Malak MTD Guchil sehingga akhir hayatnya.
Sembahyang Jenazah telah disempurnakan selepas Jumaat dan diimami oleh Pengarah MTD Guchil Ustaz Haji Zulkifli Yacob dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kenor.
Pada sebelah paginya Pengarah MTD telah mengetuai AJK dan Penghulu MTD Guchil menziarahi keluarganya dan menyampaikan wang pendahuluan Skim Kifalah kepada balunya Mariam bt Che Hat.

Pengarah MTD Guchil diiringi Cikgu Kamal menyampaikan wang pendahuluan Kifalah kepada Mariam bt Che Hat

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan memasukkannya ke dalam golongan orang yang beriman dan solihin.. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

PENYERAHAN PERALATAN BOXING