Majlis meraikan dan menyampaikan cek kepada 54 wasi peserta kifalah

Us Zaki Idris Ketua Penerangan                                                                Pengarah Mtd menyampaikan amanatnya

Majlis Meraikan dan menyampaikan cek kepada wasi peserta kifalah telah berlangsung pada pagi jumaat lalu di dewan Sri Guchil. Seramai 54 orang wasi telah menerima cek daripada Pengarah MTD Guchil Us Haji Zulkifli Yaakub.Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Ustaz Ismail Yaakub dan AJK Majlis Tindakan Dun Guchil serta semua penghulu-penghulu Dun Guchil.Turut dijemput menyampaikan cek tersebut ialah Ustaz Ismail Yaakub, Timbalan Pengarah 2 MTD.

Salah seorang wasi dari 3 orang kaum india Munusamy Krishnan 39 dari Pahi mengucapkan ribuan terimakasih kepada kerajaan negeri Kelantan di atas bantuan ini. Bantuan ini diberikan tanpa mengira kaum. Beliau yang bekerja di Kilang Kelapa Sawit Pahi menyara tiga orang anak, seorang ibunya dan seorang bapa saudaranya. mujurlah katanya isteri bekerja membantunya.

Ujarnya dengan ada bantuan Tabung kifalah ini dapatlah beliau membayar saki baki perbelanjaan ketika menguruskan pengkebumian bapanya Krishnan Munusamy. Ditanya berapakah anggaran perbelanjaan menguruskan kematian orang India , beliau menjawab antara RM 3000 hingga RM 4000.


Munusamy al Krishnan dari Pahi bersama 54 orang wasi-wasi sedang tekun mendengar ucapan Pengarah MTD Ustaz Haji Zulkifli Yacob.
 
Tiga orang Penghulu Dun Guchil Penghulu Dollah Tualang, Penghulu Sohak Kenor dan Penghulu TokWan Batu
Balai.


Comments

Popular posts from this blog

PENYERAHAN PERALATAN BOXING