Ahlan Ya Ramadhan, Marhaban Ya Ramadhan

RAhlan Ya amadhan, Marhaban Ya Ramadhan. Selamat meny Ramadhan Al Mubarak kepada semua rakyat Kelantan khasnya kepada rakyat di Dun Guchil. Semuga dengan kedatanganambut Ramadhan pada kali ini akan menambahkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Bulan Ramadhan adalah anugerah Ilahi kepada hambanya yang benar-benar beriman untuk menc
apai tahap ketaqwaan kpd Allah SWT. Sebulan kita akan berada di bulan Ramadhan seumpama seperti kita memasuki sebuah Universiti @ IPT, disini kita akan diberi Tarbiyah pendidikkan dengan sempurna. Hanya mereka yang betul-betul belajar dan mengikuti penuh minat kepada pelajaran serta dapat menerima tunjuk ajar daripada pensyarah sahaja yang akan berjaya dan akhirnya mendapat segulung ijazah.

Begitulah juga sebulan dibulan Ramadhan ini, hanya mereka yang dapat menghayati sepenuhnya pengertian Ramadhan serta dapat mengikuti perintah dan larangan Allah sahaja lah yg akan mencapai darjah ketaqwaan kepada Allah SWT.

B
ulan Ramadhan bulan diturunkan AlQuran, perbanyakkan lah membaca kita suci ini kerana Allah lipatkali gandakan pahala membaca Al Quran. Ramadhan mendidik kita menjadi Insan mulia dgn menggalakkan sedekah, oleh itu perbanyakkanlah bersedekah dibulan yang mulia ini.

Rebutlah LailatulQadar yang Allah berikan bonos kepada hambanya yang benar-benar berpuasa dengan keimanan dan penyerahan diri kepada Allah.

Marilah kita mengutip sebanyak mungkin pahala yang berselerakkan ditabur oleh Allah di bulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan kita termasuk dikalangan minalmutqqin... Amin.
Wassalam....

Catatan oleh:
Ust Hj Zulkifli Yacob
Pengarah MTD Guchil

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Akhir Tahun 2010 MTD Guchil

PENYERAHAN PERALATAN BOXING